USE OF BAHASA MALAYSIA

Kami, Ahli Jawatan Kuasa Hal Ehwal Bumiputra Indigenous (HEBI) satu komuniti bagi penganut agama kristian pribumi seMalaysia di bawah payung Council of Churches of Malaysia (CCM), ingin meluahkan isi hati kami mengenai larangan pihak kerajaan terhadap penggunaan beberapa istilah, baik secara lisan mahupun tulisan.

1. BAHASA MELAYU TELAH DIGUNAKAN SEBELUM MERDEKA

Sebelum Sabah dan Sarawak, atau lebih dikenali pada masa itu sebagai Borneo Utara mencapai kemerdekaan bergabung dengan Malaysia pada tahun 1963, agama kristian telah dianuti oleh kebanyakaan kaum pribumi. Selain menggunakan bahasa ibunda mereka dalam upacara keagamaan, bahasa Malaysia juga digunakan secara meluas. Maka itu bolehlah dikatakan bahawa penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak telah lama menggunkan bahasa Malaysia.

2. PANGANUT AGAMA KRISTIAN MENYAHUT SERUAN KERAJAAN AGAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, maka barulah kita menunaikan seruan seruan kerajaan untuk memartabatkan bahasa Malaysia dalam kehidupan dan urusan harian. Dengan demikian kami penganut agama kristian menyahut seruan tersebut sehingga bahasa Malaysia digunakan dalam kehidupan harian termasuk upaca penyenbahan. Dengan itu, kerajaan Malaysia seharusnya merasa bangga kerana matlamat kerajaan tercapai.

3. BAHASA MALAYSIA ADALAH BAHASA KITA SEMUA

Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan yang digunakan oeh semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Maka itu setiap rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama. Dengan itu seharusnya tiada sekatan terhadap kita sebagai rakyat Malaysia menggunkannya termasuk dalam upacara keagamaan masing-masing.

4. BAHASA MALAYSIA TELAH MENDARAHDAGING

Bahasa Malaysia meresap dalam kehidupan rakyat Malaysia. Ia adalah bahasa yang paling dekat dengan hati seluruh rakyat Malaysia kerana sistem pendidikan menekankan kepentingan bahasa tersebut. Apabila kita ingin meluahkan isi hati kita menggunkan bahasa yang paling kita kuasai. Demikian juga dalam upacara keagamaan. Bagi kami, tiada bahasa yang kami lebih fasih selain daripada bahasa Malaysia. Dengan bahasa inilah kami dapat menyembah Tuhan kami dengan lebih baik.

Dengan sebab-sebab yang tercacat diatas, maka kami ingin memaklumkan kepada pihak kerajaan bahawa kami akan terus menggunakan bahasa Malaysia, bahasa kita, bahasa semua kaum, baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai umat kristian.

Sekian terima kasih.

Rev. Hannock Wong
Pengerusi HEBI
Pastor Juraya Masandu
Setiausaha HEBI
Rev. Bah Saha
Bendahari HEBI
 
Rev. Trevor Tinda
Ahli HEBI
Rev. Asson Ullie
Ahli HEBI
Rev. Doding Rito
Ahli HEBI
Rev. Markus Sigar
Ahli HEBI

Dated: 25th February 2008